Terperangkap lagi

19 April 2010

Terperangkap lagi dalam hujan. Sejak dua menjak ni, asyik hujan lebat jer. Ngam ngam dengan time aku nak balik. Biasa nya aku balik kerja pukul 6. Tak sedar hujan dah turun, lebat lak tuh. Nak tak nak memang terpaksa tunggu reda.

Hari ni, aku ingat nak balik awal sikit kira2 kol 5.30 petang ni. Sebab takut balik lambat lagi. Dah siap kemas2 beg, kunci pintu, tup tup aku dengar hujan turun.

Huhuh lebat nyer. Biasa lah sebagai manusia memang tak penah bersyukur apa yang tuhan  berikan. Sebelum ni, bila panas terik, ramai yang mengeluh. Aku pun sama lah tumpang sekaki. 


Tapi takper lah, hujan lebat pun hujan lah. Hujan tu kan salah satu rahmat dari allah swt. Sejuk jer rasa, tak lah sakit2 kepala selalu macam musim panas hari tuh. Lagi yang aku suka pasal hujan ni, aku suka bau hujan, rasa nyaman jer.

p/s: Hujan dah reda, balik dulu.



2 soseh-soseh:

Fara FarSha April 19, 2010 at 10:31 PM  

alah, baru nak jemput ann kat cict..dah balik rupenye..hehe

Ann April 19, 2010 at 11:42 PM  

@Fara FarSha

aku kat cict lg ni, meh jemput aku ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP