Karenah Kembar

11 April 2010

Aku ada adik kembar, Pika and Pija (name panggilan manja). Aku ingat lagi, mybe start umur diorg lbh kurang 2 taun diorang dah tido dengan aku. Tidor sekatil atas katil single. Masa ni, aku belum sekolah asrama lagi.

Bila diorang dah capai umur 4 taun, dah makin besar, nak tido sekatil atas katil yang sempat tu, memang tak muat utk bertiga. So aku suh diorang gilir2 lah.

Selalunye yg salah sorang jer tido ngan aku, yg sorang ni tpaksa tido tempat lain, so kadang2 jer lah sebab yg sorang tu dah ready awal2 lagi kat katil. Emm yg sorang ni terpaksa lah mengalah.

Ada lah satu hari tu, yg sorang ni nak jugak tido dgn aku wpun mcm biasalah yg sorang tu dh chop dulu. So disebabkan aku kesian, aku pun suh lah biarlah yg sorang ni lak turn dia. So masing2 tak puas hati and tak nak mengalah. Sampai bergaduh menangis. Last2 aku cakap, senang2 dua2 tak yah. Habis cerita.

Susah jugak dapat adik kembar ni sebenarnya, kalo time baik, sangatlah baik....macam dunia ni diorang yg punyer. Bila time tak baik tu, macam dilanda tsunami.

Sebenarnya, masa diorang bertekak tu, aku rasa diorang comel. Mana taknya, masing2 pakai gown yang sama, cuma warna jer lain. Lagipun tak kiralah tengah marah ker, menangis ke, apatah lagi tengah senyum, semua budak tetap nampak comel.

Dari kecik ke besar, diorang baik sangat dengan aku. Kadang2 aku tak yah suruh pun, tup tup dapat air segelas. Takpun dapat gula2 ker, aiskrim ker... (padahal aku ni dah besar)

Saat ni takleh tido, dan teringat saat2 dulu.





0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP