Dua muka

13 April 2010

Dulu bila aku lihat gambar dan nama dia ada hajah, aku ingat dia baik. Aku ingat dia boleh guide aku dengan baik. Tapi tu semuanya harapan palsu.

Aku penat buat dari kosong, aku study apa yang aku tak tahu langsung, bersekang mata sampai 3-4 pagi nak dapatkan result. Bila suruh aku publish jurnal, dia senang-senang jer nak letak nama dia yang pertama.

Pagi tadi aku dapat emel forward dari dia dari seorang lecturer pasal nama atas paper. (Emel tu sebenarnya lebih berpihak pada aku, tp sebab aku dah fedup... aku malas nk argue dengn dia)

Jika hantar paper pada jurnal 5 star, supervisor akan jadi 1st author tapi dia lah kena draft, tulis dan edit, so student hanya akan check fakta. Tapi masalahnya sekarang, aku yang kena tulis dan edit sebab dia tak berapa paham apa yang aku buat. Tu pun kadang-kadang aku kena explain apa yang aku buat. Dia tak paham pun. So macammana dia nak tulis.

Alasan dia nak 1st author sebab tu duit dia, dia yang bayar yuran untuk conference or jurnal..(aku nak betulkan tu bukan duit dia, tu duit UTM). Aku tak kisah nak lah nak hantar jurnal takde high impact pun selagi aku jadi 1st author.

Dia tak pernah bagi peluang pada student2 dia present kat conference. Alasan yang sama, dia yang bayar. (Ada lecturer tanya pasal ni kat dia.)

Aku takkan berkira dengan dia kalo dia tak berkira dengan aku. Dia dah berkira dengan aku dari awal2 lagi. Apa nak jadi, jadi lah...asalkan aku takkan senang2 bagi hasil kerja aku kat orang lain.

Sebenarnya banyak aku dengar cerita yang tak sedap tentang dia. Baru aku tau, aku rasa agak gerun  sebab seolah2 aku berdepan dengan orang yang ada masalah psikologi. Bab kata seorang kakak phd (kakak ni siasat pasal dia sampai ke tempat dia belajar dulu) yang kenal dia jugak, kalo dia ada penyakit, boleh dimaafkan. Dia ni ada penyakit ke?  Aku rasa kene jumpa pakar dulu baru taw.

Pengajaran, jangan ingat semua lecturer tu baik. Sama juga dengan orang yang ada gelaran hajah.




2 soseh-soseh:

Mohd Naim April 13, 2010 at 6:06 PM  

biasa la tu, dulu masa aku buat master kat UM (chewah! mcm hebat jer ayat, padahal xabes pun..haha)2nd supervisor aku siap cakap lagi kat aku masa aku tanya dia nak taruk nama siapa sebagai 1st author..2nd supervisor aku cakap..org yg tulis paper la yg patut jadi 1st author...tapi kalau 1st supervisor aku plak..dia nak nama dia la 1st author...hahaha!!

1st supervisor aku pompuan...baru PM
2nd supervisor plak lelaki..dah ada full P dah..

1st supervisor org2 dalam bidang dia dalam malaysia jer yg kenal

2nd supervisor plak org dalam bidang dan luar bidang dalam negara dan luar negara kenal dier..

2nd supervisor mmg relax dan cool..tapi hebat nak mampus...1st supervisor plak kelam kabut tapi hapa pun xtahu..lain org tanya, lain dia jawab..fakta salah pun jawab dgn konfiden..huhuhu

Ann April 13, 2010 at 6:52 PM  

tu la naim, aku geram sangat, mentang2 lah kita ni hanya student, dia supervisor boleh buat mcam2 yang dia suka...macam aku ni takde hak nak tentukan keputusan thdp hasil kerja aku.
dia pun perempuan, tapi so far lecturer2 aku kenal yg perempuan ok2 jer, dia ni agak pelik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP