Facebook Sebab Zahiril Adzim

22 January 2010


Jika diimbas semula sejarah lama, aku berFACEBOOK sebab Zahiril Adzim. Sebelum aku aktif, aku dah lama ada akaun. Tapi profile aku kosong..tak ada apa2..gambar pun tak letak. Kawan2 pun cuma beberapa orang jer. Rasanya tak sampai sepuluh orang pun.

Sejak aku mengenali ZA (Zahiril Adzim), baru lah aku aktif, rajin post comment kat Wall dia dan lama2 aku pun tambah apa2 yang patut kat profile, kawan2 makin ramai, gambar2 pun makin banyak, rajin join group dan siap buat diskusi lagi.

Macam mana aku mengenali ZA? Sejak tengok cerita Merah Putih, mula2 tu tak de lah minat pun...biasa2 jer. Bila kawan aku promote blog dia, aku pun lihat lah dan aku kagum dengan visi dan matlamat dia. Ada pandangan sendiri dan ambil tahu apa yang berlaku disekeliling contohnya politik. Bukan macam segelintir artis yang suka buat kontrobesi (dah terpengaruh dengan kawan aku ar ni, dia eja macam ni) dan hanya tau bersosial di kelab2 malam.

So aku minat dia bukan sebab dia artis tapi sebab blog. Minat tu takdelah sampai nak jatuh cinta dengan dia. Jangan silap paham lak. Apapun jika bukan sebab dia, aku rasa entah bila aku akan aktif berFacebook ni.



Aku ada terbaca FACEBOOK ni milik Mark Zuckerberg yang berbangsa Yahudi. Bila lihat produk2 yang patut diboikot, takde lak dalam senarai. Baru2 ni aku ada terbaca pasal Facebook di laman web Zaharuddin.net, diterangkan lebih kurang macam ni la...benda yang tak jelas dan hanya berdasarkan khabar angin bahawa produk tu menyalurkan dana pada Israel, tidak termasuk sebagai barangan yang patut diboikot. Aku dah ingat2 lupa penjelasan secara tepatnya. Bukan semua orang Yahudi tu jahat, orang Yahudi yang pegang fahaman Zionist tu yang jahat.





0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP