Adakah Jesus Itu Tuhan? Perdebatan Islam/Kristian

01 June 2009

http://ep.yimg.com/ip/I/talkislam_2052_1562301728


Aku nak kongsikan sedikit kisah perdebatan antara Ahmad Deedat dan Dr Shorrosh. Perdebatan ini diadakan di Royal Albert Hall pada 1985 dan tajuk ialah ' Adakah Jesus Tuhan?'.

Dr Shorrosh membacakan teks al-quran tersebut dalam bahasa Arab dan terjemahkannya ke dalam bahasa inggeris. Kemudia beliau mengatakan: Berdasarkan ayat ini, maka sesungguhnya Jesus telah dilahirkan dan telah mati dan telah bangkit untuk kali kedua.

Ahmad Deedat bangun untuk menjawab soalan itu dengan berkata: Ayat al-quran yang menjadi pokok persoalan saudara dalam bahasa Arabnya:

Ertinya:

Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali. (Maryam: 33)


Terjemahan dalam bahasa Inggeris:

So, peace is on me the day I was born, the day that I "die" and the day that I shall be raised up to life.


Encik deedat betulkan terjemahan yg dibuat pada 2 tempat. Tempat pertama ialah berkaitan dgn sebutan kata kerja "die" di mana Dr Shorrosh menyebutkan kata kerja
"die" yg mbawa maksud "mati" itu mirip seperti kata kerja "die" yang mbawa maksud "mencelup pewarna"

Tmpt kedua ialah berkaitan masa berlakunya kata kerja "die" (mati). Dr Shorrosh telah menukar terjemahannya dengan silap iaitu menjadikan masa kata kerja itu sbgai telh berlaku (simple past). Sepatutnya (simple present), mengikut masa sedang atau akan berlaku. Perbezaan antara dua pengertian ini sangat memberikan kesan kpd maksud ayat itu.

Ahmad Deedat tidak meneruskan huraiannya malah memadai dgn menyebutkn pembetulan terjemahan ayat tersebut. Dgn pembetulan itu org akan memahami bhawa fakta yg cuba disampaikan oleh Dr Shorrosh iaitu sokongan oleh Al-Quran bahawa Jesus telah mati adalah tidak benar.


Sumber: Buku : Adakah Jesus Tuhan? Pustaka Ilmi


0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP