"Maria is a bonda Allah" di Miri-Bintulu

23 May 2009

http://www.prca.org/current/Beacon%20Lights/Vol-56/Pictures/mayflower_church.jpg

On da way dari Miri ke Bintulu, kak ina, iaitu kak ipar kepada member aku, menunjukkan signboard di Gereje yang tertulis 'Maria is a Bonda Allah'.

Aku tertanya2, Jika Maria itu Bonda Allah, maknanya Allah itu Jesus. Tapi bukan ke sebelum ni di dalam fahaman Kristian, yang mengatakan Jesus itu anak Tuhan. Dan baru2 ini, kristian hendak menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka. Jadi maknanya Jesus itu ialah tuhan, dan bukan lagi anak tuhan.

Jesus = Allah? Atau Jesus adalah berbeza dengan Allah? Tidakkah ini sangat mengelirukan kita terutama sekali bagi penganut Kristian?

Dengar2 ada seorang paderi memeluk Islam sebab keliru tentang konsep ketuhanan. (Tapi aku kurang jelas tentang kisah ni sama ada betul atau tidak).

Mungkin penulisan kali ni agak kontraversi, tapi aku bukan hendak menghina agama lain, aku cuma menyampaikan pandangan aku dari sudut manusia.

Aku taknak mengritik bab Kristian menggunakan nama Allah sebab ilmu aku tak cukup.

14 soseh-soseh:

F.Aswan May 24, 2009 at 8:07 AM  

saya juga tinggal di Bintulu. Saya juga perasan ada papan tanda berkenaan di dalam perjalanan. Cuma jika ia berlaku di sabah sarawak, isu ini seolah2 di pisahkan oleh laut china selatan

Ann May 25, 2009 at 12:17 PM  

saya hanya jumpa papan tanda tu pada satu gereja je, tu pun gereja tu agak jauh dari kawasan bandar/perumahan...

sorensen July 24, 2009 at 12:30 AM  

mengikut apa yg aku fhm, Allah dlm agama kristian bermaksud God (Tuhan). Allah dlm ajaran diorg lain dpd pemahaman dlm agama kte, sbb diorg percaya pd konsep trinity iaitu tuhan bapa, tuhan ibu dan tuhan anak. Sbb tu diorg beri gelaran bonda allah tu (bermaksud tuhan ibu). tu cuma pemahaman sy lah, nak lg detail kne tanya org kristian sendiri..

Ann July 24, 2009 at 12:56 AM  

saya ade beli buku debat antara kristian dn islam, dn terbaca psl konsep trinity dlm kristian, tp sekali baca, agak kurang phm...pening kepala. pedebat islam mgatakn byk kekeliruan dn pertindihan ayat ttg konsep ketuhanan dlm bible...

Anonymous June 18, 2010 at 1:28 PM  

Yesus Kristus mempunyai berbagai gelaran. Antara gelaran-gelarannya ialah:
i. Anak Allah/Tuhan
ii. Firman Tuhan
iii. Juruselamat
iv. Penebus
v. Anak Manusia
vi. Pintu
vii. Jalan
Viii. Kasih
ix. Kehidupan
x. Roti yang Hidup
xi. Yang telah mati dan bangkit semula
xii. Terang Dunia
xiii. Pengantara
xiv. Penyembuh
dsb.

Allah orang Islam juga mempunyai pelbagai gelaran yang lain, bukan kah begitu?

Ann June 18, 2010 at 1:32 PM  

anon:
allah swt mpunyai 99 nama/sifat..tp tuhan tetap satu..bukan bapa, bukan anak bukan roh kudus..hanya SATU.

Anonymous June 18, 2010 at 1:42 PM  

Yesus anak Allah. Bagaimana terjadinya begitu?

Allah Bapa....mengutuskan Firman/Kalimat-Nya kepada seorang perawan bernama Maria/Mariam. Lalu Firman/Kalimat itu menjadi manusia (bayi) dalam rahim Maria. Oleh sebab, Yesus disebut sebagai anak Allah.

Hal tersebut tidak terjadi kerana Allah 'bernikah' dengan Maria. Allah meminjam rahim Maria sebagai tempat anakNya lahir ke dunia ini? Dia hanya menghembuskan/mengutuskan Firman/Kalimat ke dalam rahim Maria lalu menjadi bayi, apabila sudah cukup bulan, maka anak itupun dilahirkan oleh perawan Maria.

Yesus adalah anak Allah kerana Kalimat/Firman Allah yang membentuknya di dalam rahim Maria.

Anonymous June 18, 2010 at 1:51 PM  

Orang Kristian tidak sama sekali menyamakan Tuhan orang Islam dengan Tuhan orang Kristian.

Allah/Tuhan orang Islam ialah UNITARIAN/ HANYA SATU.

Manakala Allah/Tuhan orang Kristian ialah TINITARIAN/ TIGA DIRI dalam SATU TUHAN.

Allah orang Islam dan Allah orang Kristian tetap tidak sama dan tidak akan sama selama-lamanya.

Allah orang Islam ialah NAMA KHAS.
Allah orang Kristian ialah kata nama/panggilan/gelaran sahaja.
Pada zaman akhir ini Tuhan berkenan dengan nama YESUS KRISTUS.
Allah dipanggil Bapa kerana Dia sumber segala sesuatu. Allah dipanggil Anak kerana melakukan kehendak/rencana Bapa. Allah dipanggil Roh Kudus, sebab Dia mendukung/menguatkan segala yang diciptakan asalkan tidak sewenang-wenangnya menentang Tuhan/Allah.

Ann June 18, 2010 at 2:01 PM  

Tiada apa yang mustahil bagi Nya malah tak tercapai akal kita manusia ni. Kejadian nabi isa menunjukkan keajaiban dan kekuasaan tuhan.

bukan kah makna Esa ialah 'satu'? cuba kamu periksa 'Yahya' fasal 17 ayat 3. Dalam ayat ni menyebut Esa ialah satu, dan dalam ayat ni juga disebut Jesus ialah pesuruh Allah. Yang mana satu yg benar..Jesus ialah pesuruh atau anak tuhan?

Baaimana tiga menjadi satu? Satu menjadi tiga? Bukan kah wujud kekeliruan disini?

Anonymous June 18, 2010 at 2:02 PM  

Allah telah mencipta manusia, namun manusia yang diciptakan itu telah melanggar perintah Tuhan.

Akibat pelanggaran akan perintah Tuhan itu, maka dosa masuk ke dunia dan menimpa semua umat manusia.

Pada zaman dahulu, darah hewan yang dari baka yang baik serta mempunyai kesihatan yang terjamin disembelihkan untuk mendapatkan darah. Dengan darah itu, dosa manusia dapat dihapuskan. Maka manusia kembali suci/kudus. Namun pemyembelihan/ atau korban yang demikian perlu dilakukan pada setiap tahun. Banyak haiwan diperlukan untuk tujuan penebusan dan pengampunan dosa manusia itu.

Pada waktu dan masa yang telah ditetapkan oleh Tuhan/Allah...dia sendiri (Firman/Kalimat) menjadi manusia. Akhirnya dia menyerahkan dirinya untuk disalibkan di kayu salib. Darahnya itu segaia ibadah korban untuk sepanjang zaman dan tidak dibuat secara berulang-ulang lagi. Hanya darah yang kudus/suci/tidak bercela itu sahaja yang diterima oleh Tuhan untuk menguduskan serta menghapus dosa manusia di seluruh dunia.

Diharap saudara/saudari faham.

Anonymous June 18, 2010 at 2:16 PM  

ESA memang maksudnya satu. Orang Kristian faham serta mengetahui hal itu.

Oleh sebab Dia menyatakan diriNya dalam 3 diri, maka Tuhan disebut sebagai Allah Tritunggal. Istilah Tritunggal tidak ada dalam Alkitab. Tetapi penyataan Tuhan yang satu itu dalam TIGA diri menjelaskan maksud TRITUNGGAL tersebut.

Pada zaman Yesus Kristus/Isa Al Masih berada di dunia ini, tidak pernah sekali pun BAPA menunjukkan dirinya dalam bentuk FIZIKAL, demikian juga dengan Roh Al Kudus. Namun hanya Yesus sahaja kelihatan.

Yesus Kristus pernah mengatakan, " Aku di dalam Bapa, dan Bapa di dalam Aku. Kami mengutus Roh daripada kami." "Ketiga-ketiga" peribadi itu tidak pernah 'melakukan kerja' secara berasingan/sendiri-sendiri. "Mereka" melakukan pekerjaan secara sama. Peribadi satu merencana/berfirman. Peribadi kedua mencipta. Peribadi ketiga mendukung,meneguhkan, menguatkan, menghidupkan, mengerakkan, memotivasikan.

Anonymous June 18, 2010 at 2:19 PM  

Kelirukah kalau anda mendarabkan 1 dengan 3, jawapan akhirnya menjadi 3.
Maaf ya, saya menggunakan matematik untuk menjelaskan.

Saya faham, pemahaman saudara ialah, 1 + 1 + 1 = 3.

Tapi pemahaman kami berlainan sekali daripada pemahaman saudara, yakni 1 X 3= 3.

Anonymous June 18, 2010 at 2:29 PM  

Saudara, Tuhan mencipta manusia. Dia sendiri yang membentuk manusia dengan tangannya.

Kemudian manusia itu ada tubuh/badan. Kemudian manusia itu ada jiwa. Akhir sekali manusia itu ada roh (nafas kehidupan).

Yang kelihatan ialah BADAN manusia, manakala JIWA dan ROHnya tidak kelihatan, namun tetap SATU manusia.

Ann June 18, 2010 at 2:44 PM  

saya akan cuba sedaya jelaskan mengenai isu ketuhanan dari sudut kefahaman saya.

Jesus disalib untuk menebus dosa manusia kalo dari sudut agama saudara. Bukankah ada dalam ayat bibble jesis menjerit meminta tolong pada tuhan agar ia terlepas dari disalib. Jadi dengan kata lain, jesus tidak bersedia untuk menebus dosa.

Jadi kenapa saudara menyembah Jesus yang tidak berkuasa untk menyelamatkan diri malah meminta tolong. Adakah ni sifat tuhan?

Dan lagi, menurut dari Kristian, Jesus sudah mati. Patutkah sifat mati tu ada pada tuhan?

ps: Persoalan lain saya akan cuba jawab kemudian sebab saya tengah berkerja, insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP