Jika pemimpin kita macam ini...

07 May 2009

http://kisahkayahikmah.files.wordpress.com/2009/03/umar-bin-khattab.png?w=300&h=207
Kisah 1:

Kisah ini terjadi ketika Abdullah Ibnu Umar mengajak ayahandanya, Umar bin Khattab untuk berbincang-bincang. Terlebih dahulu ayahnya menanyakan masalah apa masalah yang akan dibicarakan. Ketika Umar mendapati jawapan bahawa masalah yang akan dibicarakan adalah masalah pribadi yang tidak berhubungan dengan masalah negara dan umat, maka serta merta Umar mematikan cahaya lampu penerang, sehingga mereka pun berbincang dalam gelap . Umar tidak mahu menggunakan cahaya lampu yang dibeli dari baitul maal untuk kepentingan pribadinya. Subhanallah, sungguh luar biasa. Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk semulia ini di muka bumi.


Kisah 2:

Suatu ketika Utbah bin Farqad, gabenor Azerbaijan pada masa pemerintahan Umar Al-Khattab telah menjamu makanan yang ditawarkan oleh rakyatnya.

Gabenor pun bertanya”Apa nama makanan ini?”.

“Namanya hasish, ia dibuat daripada kuram dan minyak sapi”, jawab salah seorang wakil rakyatnya.

“Subhanallah, sangat sedap dan manis makanan ini. Kalau kita kirim makanan ini kepada Amirul Mukminin tentu dia gembira.”, kata gabenor.

Kemudian gabenor memerintahkan rakyatnya tadi membuat makanan yang serupa tetapi lebih enak. Setelah makanan tersedia, gabenor pun memerintahkan pula utusan supaya menghantar makanan itu kepada Khalifah Umar di Madinah. Setelah tiba di Madinah, utusan tadi terus berjumpa khalifah dan khalifah pun bertanya.

“Makanan apakah ini?”

“Makanan ini namanya hasish, Makanan paling lazat di Azerbaijan.”, jawab si utusan.

Umar bertanya lagi, “Apakah seluruh rakyat Azerbaijan dapat menikmati makanan ini?”

Si utusan pun mejawab, “Tidak, tidak semua boleh menikmatinya,”.

Umar pun segera berkata dengan tegas memerintahkan utusan itu kembali ke Azerbaijan dengan makanan itu sekali serta dengan sepucuk surat kepada gabenor. Antara isi pentingnya berbunyi;

“……makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu.”

Dikesempatan lain, pernah pula Khalifah Umar Al-Khattab berkata.

“Aku orang pertama yang merasa lapar jika rakyatku kelaparan, dan akulah orang yang terakhir merasa kenyang kalau mereka kenyang”.



Jika pemimpin kita macam ni, pasti negara kita aman dan makmur. Tiada lagi rasuah, tiada lagi fakir-fakir miskin...


Renungan (dipetik dari sini, afhamjauhari.blogspot.com ): pemimpin yang sebegini selalu wafat semasa memerintah, tempoh memerintah pendek pulak tu.. (Umar Al-Khattab – 2 tahun, Umar bin Abdul Aziz – tidak sampai 3 tahun, Sultan Alauddin Riayat Shah – 7-10 tahun, Tun Abdul Razak – 5 tahun) kenapa ek?? Mungkin tandanya Allah lebih sayang kepada mereka… Wallahualam..

3 soseh-soseh:

Firdaus May 7, 2009 at 11:18 AM  

pasal tu umar jadi khalifah..

F.Aswan May 7, 2009 at 1:37 PM  

insaf ...

Ann May 7, 2009 at 11:11 PM  

@apei : smoga lbh ramai org cm umar lahir kt muka bumi ni...

@F.aswan : insaf gak. kamu mpp kan? erm smoga ciri2 umar ada dlm diri kamu..insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP