Romantik Rasulullah

31 March 2009

Assalamualaikum.

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang
suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang
dapat diambil marilah kita bersama-sama tauladani kisah ROMANTIK RASULULLAH
SAW bersama isterinya.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang
mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.

Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda
lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap
seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda
berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu
hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah
SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah
yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum
puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan
merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk
mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui
celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan

Aisyah ketika di dalam rumah.

Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak
salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk
menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan
berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah
tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu
juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi
menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan
rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak
Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan
serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama
di hari berserinya wajah orang-orang beriman..." aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP