Larangan meratapi mayat

31 March 2009

http://farm3.static.flickr.com/2226/2313236579_2b30ed9cfa.jpg?v=0



Setiap hati akan merasa sedih dan duka jika berpisah denagn orang yang paling dicintai baik suami, anak, ibu, bapa, ataupun saudara mara.Kepiluan itu juga dibenarkan oleh perasaan , mata, lidah.Kerana perasaan sedih merupakan fitrah dalam diri manusia, sehingga rahmat dan hikmah Allah memberikan keistimewaan kepada Rasullullah untuk menangis atas kematian orang yang dekat dengannya.

Dari Anas b malik r.a

'Kami bersama-sama Rasullullah pernah menemui Abu Suffian Al-Qain yang sangat menyayangi Ibrahim.Lalu Rasullulah mendekati Ibrahim ,memeluk dan menciumnya.

Kemudian kami masuk sedang Ibrahim terbujur kaku, maka kedua mata Rasullullah pun berlinangan.Lalu Abdurrahman b Auf bertanya kepasa Rasullulh...'Apakah engkau menangis Ya Rasullulah?

Baginda menjawab..'Wahai Ibnu Auf , titisan air mata adalah rahmat'...Maka air mata baginda pun terus menitis hingga akhirnya baginda bersabda..'sesunguhnya mata pasti akan menitiskan air mata, sedangan hati pun bersedih.Kita tidak boleh berkata kecuali yang diredhai oleh Allah.Dan kami benar-beanr sedih atas kepergianmu Ibrahim..(HR Muttafaqun' alaih)

Dalam hadith Rasullulah tesebut memberitahu bahawa hati seseorang akan merasai sedih atas kematian orang yang sangat dicintai, dan mata membenarkan hal itu melalui linangan air mata dan tangisan.Tidak diragukan lagi bahawa tangisan Rasullullah atas kematian puteranya itu merupaka bukti bahawa dibolehkan menangis atas kematian seseorang dengan syarat tidak disertai dengan ratapan dan memukul-mukul diri sendiri kerana itu akan menyebab kan diazabnya orang yang meninggal itu.

Rasullulah bersabda yang bermaksud,

'Barangsiapa yang meratapi mayat maka dia akan diazab atas ratapan itu pada hari akhirat kelak'

Rasullulah SAW sangat mengambil berat tentang larangan meratap ini, khususnya bagi kaum wanita. Rasullulalh mengancam wanita yang suka meratapi orang yang sudah meninggal dengan seksaan yang pedih.Jika orang yang meratap tersebut tidak bertaubat sebelum meninggal dunia, maka mereka akan dibangkitkan pada hati kiamat kelak dengan bentuk dan rupa yang sangat menakutkan serta dipakaikan dengan pakaian dari minyak tar yang mendidih dan pakaian yang terbuat dari besi yang membara.

Selain itu tertutup baginya daripada dikunjungi malaikat pembawa rahmat.Kemudian mereka tidak memperoleh doa dari malaikat tersebut.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim,

Malaikat tidak akan mendoakan wanita yang suka meratap dan memekik.

Tindakan meratapi mayat ini digolongkan sebagai perbuatan kufur sebagaimana yang disabdakan Rasullullah SAW yang bermaksud..

Ada dua perbuatan di tengah-tengah umat manusia, dengannya mereka tergolong kufur iaitu mencela keturunan dan meratapi orang yang sudah meninggal dunia.(HR Bukhari)

Renung-renungkanlah.

0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP