Nyawa atau nafsu?
31 March 2009
Saya baru kenal ngan seseorang ni... kami berborak lah sekejap.
Sampai ke topik makan, saya bagitau dia dulu saya suka makan McD, tapi sejak Palestine diceroboh oleh Israel, saya juga menyahut seruan untuk memboikot produk-produk yang menyokong Israel.
Apa yang menyedihkan saya sebagai umat Islam, dia suruh makan je la, lagipun menurutnya, berape lah sangat sen duit kita. Tak perlulah sampai nak tahan nafsu nak makan. Alahai macam ini lah, semua islam pikir macam ni, habislah rakyat Palestine terkorban hasil duit sumbangan dari rakyat Islam sendiri.
Jika kita masih ada perasaan belas kasihan, walaupun satu sen pun, kita mungkin tak sanggup untuk disumbangkan kepada Israel. Sanggupkah kita lihat berapa ramai lagi, kanak-kanak, wanita, dan orang tua menjadi korban? Lagipun apa lah sangat McD tu berbanding nyawa umat Islam yang lebih berharga dari seketul daging burger, seketul ayam...
Namun kita patut teruskan boikot ini sampai bila2 selagi rakyat Pasletin tidak terbela, bukan hanya mengikut musim...
1 soseh-soseh:
saye setuju!
Post a Comment