Awak tengah buat apa?

24 October 2012

Projek manager a.k.a bos aku ni, macam cikgu sekolah pun ada, datang ke meja aku nak tengok aku tengah buat apa. Takut ler tu aku layan blog, youtube, movie tak pun facebook.

Ayat yang biasa keluar dari mulut dia.

"Awak ni asyik layan video jer.".

"Asyik facebook..facebook".

Tengah baca blog, tiba-tiba dia datang berdiri sebelah, tanya.

"Awak tengah buat apa?". 

"Baca blog", sambil senyum-senyum kat bos dengan buat muka tak bersalah.

Opismate aku, Fatihah lebih kurang jer perangai dengan aku. Dia selalu layan Running man. Kalo sesiapa yang layan Running man, tau lah macam mana..memang tak boleh tahan gelak punya.

Jawapan standard kitorang dekat bos, "Nak cari ilham".

Teringat tahun lepas, kitorang dengan opismate sorang lagi addicted giler dengan game facebook. Kejap-kejap bukak game faceook. Bos kitaorang tahu addiction kitaorang, siap bagi pesanan, "Nak main tu boleh, tapi make sure keje-keje yang saya bagi tu siap." Itu tak de hal. Nasib la kitorang jadi bosan dengan game facebook tu.

p/s:Tapi bos tak pernah marah kitorang buat bukan-bukan. Sebab kerja kitorang selalu siap.



2 soseh-soseh:

Wanie-san October 25, 2012 at 12:08 AM  

same la masa kerjaa dlu..
suka benor tido..
bila bos masuk pun wat muke toyer je..
tapi bos xpernah marah sbb kerja confrm siap n kdg2 siap puji..:p

Ann October 25, 2012 at 12:26 AM  

@wanie
yg pnting work smart hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP