BERSIH

17 July 2011

Lama betul aku tak update blog. Sebab aku ada dua due date iaitu bulan 8 (tesis) dan bulan 9 (projek kat tempat kerja).

Walaupun bz, aku sempat jugak ikut perkembangan BERSIH.

Ramai yang tahu kot aku memang anti-UMNO dan pastinya aku penyokong BERSIH. Biar gov tak senang duduk.

Disebabkan aku memang anti lagi-lagi dengan Najib dan bininya, sudah pasti fanpage najib aku like dan unlike lepas tu selepas BERSIH buat demo. Takut?? Lantak pi lah dengan takut. Bukan dia yang bagi aku rezeki.

Statement yang aku paling benci dari dulu sampai lah isu BERSIH, tak menyukuri nikmat yang gov yang dah bagi kat kau. Bila gov dah songlap duit rakyat, kena redha and bersyukur ke? Bila pemimpin-pemimpian bermewah-mewah yang melampau dengan duit rakyat, sedangkan ada rakyat terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kena bersyukur ke?

Dan sape yang bagi rezeki sebenarnya?


Aku sokong BERSIH untuk bersihkan senarai pengundi. Nak kutuk dengan pendirian aku, silakan.

Oh yer pasal ambiga. Aku sokong memorandum dalam BERSIH bukan ambiga.

ps: Aku dengar cerita orang yang pergi demo tu, memang sayu rasanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP