Perempuan Berkalung Sorban

18 May 2010



Filem Indonesia ni adaptasi dari novel Abidah el Khalieqy dan bagi aku, sangat menarik lah filem ni. Filem ni menyentuh isu yang sangat sensitif kerana islam yang ditonjolkan dalam filem ini lebih memartabatkan kaum lelaki dan lebih mengongkong kaum wanita. Kaum wanita dilarang menunggang kuda kerana ia hanya untuk lelaki. Kaum wanita dilarang sambung belajar jika tidak ditemani muhrim. Malah Anissa, watak utama dipaksa kahwin oleh ayah nya sebab ingin menantukan anak kepada kiai dan membesarkan pesantren.

Memang pada awal filem ni menampakkan islam lebih membesarkan hak-hak lelaki. Aku tak tahu la dalam filem ini islam dari ajaran apa tapi yang pasti, ia lebih ekstrim. Pada tengah filem ni, persepsi mula dibetulkan apabila Anissa berkahwin buat kali kedua dengan sahabat yang dah kenal dari kecil. Si suami banyak menolong si isteri membuat kerja rumah. Si isteri memasak. Si suami membantu membasuh pinggan. Si suami melayan si isteri dengan lemah lembut berbanding suami pertama Anissa yang banyak melayannya dengan kasar.

Ada babak dalam kelas, ustaz menerangkan hukum isteri meminta cerai ialah berdosa. Terus Anissa bangkit apakah hukum jika suami yang meminta cerai walau si isteri telah berusaha untuk mengekalkan rumahtangganya. Ustaz tu terus memarahi Anissa.

Pada akhirnya, Anissa banyak menulis dalam mengangkat hak-hak wanita dan merubah persepsi orang-orang di persantren terhadap kaum wanita dengan mengedar buku-buku moden. Sebab tak salah aku, orang-orang di persantren tu hanya berpegang kepada al-quran dan al-hadis.

Kalo bagi yang tak tahu Islam tu bagaimana, aku rasa filem ni mungkin boleh disalah ertikan. Padahal sebenarnya ia membetulkan persepsi segelingtir manusia yang menganggap hak-hak wanita diperlecehkan dan ditindas dalam islam walhal sebenarnya tidak.


Watak Anissa dibawa oleh Revalina S Temat (pelakon drama Bawang Merah Bawang Putih) dan lagu tema filem ni dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza.

ps: Aku teringin lihat filem ni selepas terbaca komen Dr Maza tentang filem ni. Aku layan cerita ni kat youtube je.

5 soseh-soseh:

waniesan May 18, 2010 at 10:46 AM  

sinopsis die mcm best je....
dah masuk panggung ke??
tapi sy nak donwload je la..:)

Ann May 18, 2010 at 11:02 AM  

cerita dia best ar....ak layan kt youtube jer....

ASaDa RyutaRo May 18, 2010 at 5:57 PM  

dah lama keluar citer ni ann.. aku dah tengok tahun lepas kot..

kat youtube pun dah ada.. try la carik..

komen aku.. citer ni mmg best! byk la dia dedahkan pasal salah pandang segelintir orang terhadap wanita. bagus2.. membuka minda la citer ni..

filem ni secara terang menyatakan islam bukanlah agama yg menindas kaum hawa.. siyes! kena tengok!

Ann May 18, 2010 at 6:12 PM  

haha tau aku agak lambat melayan citer ni padahal dh kuar taun 2008 ke 2009....giler pantas ek asada layan citer..haha

dh layan hbs semalam...terus tulis pasal ni...mmg best sgt, menyentuh perasaan ar...mmg mbuka minda ar dgn mesej yg dbawa...

betul mmg kene tgk, filem ni bukn filem yg mhina islam cuma filem ni xleh dikategorikan sbg filem genre islam sbb ada scene yg agak panas ar, bab kata Dr Maza........

suhana May 20, 2010 at 4:49 PM  

salam..

filem ni agak kontroversi tetapi itulah yang dipapar secara realiti...Mungkin ada hikmah yang perlu kita teladani...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP