Nabi Adam tinggi 60 hasta?

05 August 2009


Aku dengar dari kawan aku, bahawa tinggi nabi adam ialah 60 hasta. Panjang lengan kita pula ialah hanya 1 hasta. cuba bayangkan betapa tinggi nya nabi Adam, dan dari bacaan aku dari artikel2 yang aku jumpa di internet, mengatakan mencecah langit. sehingga digeruni oleh binatang2. mungkin mitos bahawa dinasour yang merupakan haiwan gergasi hanyalah binatang saiz biasa pada waktu itu (Ini pendapat kawan aku).

Di sini aku sertakan serba sedikit yang aku amik dari artikel yang aku baca.

DARI HAL NABI ADAM

Allah telah menciptakan Adam menurut bentuknya dan tingginya (60) hasta, kemudian berkata: Pergilah lalu ucapkan salam kepada kelompok itu, lalu kelompok dari para malikat yang duduk- lalu dengarkan penghormatan mereka kepadamu, kerana sesungguhnya ia adalah penghormatanmu dan penghormatan anak keturunanmu.maka ia pergi lalu berkata : Selamat atas kamu. Kemudian mereka menjawab :Selamat atas kamu dan rahmat Allah: Mereka menambahinya “dan rahmat Allah. Maka setiap orang yang masuk syurga adalah menurut bentuk dalam hal tingginya iaitu 60 hasta.Maka tidak henti-hentinya makhluk berkurangan (tingginya) sampai sekarang.


SAHIH- R Ahmad,Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ms 588 buku (2)

Ini proses kejadian nabi Adam.

Setelah mengalami masa ribuan tahun keturunan Adam mengalami evolusi sehingga jadilah ukuran manusia seperti sekarang ini dan tentunya dengan umur yang lebih pendek pula. Tetapi nantinya para penghuni surga akan berukuran seperti Nabi Adam. Jadi evolusi manusia itu sebenarnya ada tapi berbeda dengan teori evolusi Darwin yang menyatakan bahwa manusia berasal dari kera.
Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

(Al-A'ssr) "Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi
untuk menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.
Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan
tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan
melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah
memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar
mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama
lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: "Hai
Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun
bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan
bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu. "Apabila Izrail turun ke
bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi
mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis
tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan
engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku
yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab
antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

Jenis tanah yang digunakan:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah(Babylon)

10.Tanah India

11.Tanah syurga

12. Tanah Tha'if

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah
sama, ialah putih kemerah-merahan.



http://www.bicaramuslim.com







0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP