Adikku, mat dik

19 August 2009

Adik aku yg sorang ni, aku panggil dia mat dik, sbb dia adik lelaki bongsu.

Mak aku cerita kat aku, adik aku ni bagi duit seribu or 2 ribu, aku tak brpe ingat lah..kat mak ayah aku. Yang buat aku kagum dengan dia, dia baru je form 3 dan tahun ni, pmr..

Kecik2, dh pandai bagi duit sebanyak tu kat mak ayah aku, ye la..mak ayah aku tengah susah sekarang disebabkan rumah. Aku kagum, terharu dan terkedu pun ade bila aku dapat tau...lgpun memang tanggungjawab anak2 bantu famili kan, cuma adik aku sebesar tu dh tau pikul tanggungjawab sebesar tu.

Aku rasa adik aku ni mudah kecian kt orang. Aku penah tengok muka dia berkerut2 dan seolah2 nak menangis bila tengok rancangan 'Bersamamu'. Aku benar2 sayang kan dia, bila aku balik kg, aku mesti panggil 'mat dik comel' dan cubit pipi dia, aku memang geram ngn pipi dia.

Petua nak murah rezeki, tolong mak ayah kan...dan aku harap moga2 rezeki dia dimurahkan oleh Allah swt. Amin. Aku percaya dengan rezeki tuhan. Alhamdulillah walaupun aku tak la kaya sekarang, sekurang-kurangnya aku tak merasa sempit dengan keadaan sekarang. Rezeki kan datang dari pelbagai bentuk, rezeki tak semestinya bila kita kaya, bila kita merasa lapang, tu pun dipanggil rezeki...ilmu dan kesihatan yang sihat pun dipanggil rezeki. Syukur la apa yang kita ada, dan aku cuba takkan merungut....

p/s : Rindunya kt famili aku...


2 soseh-soseh:

AL-ZAHRAWI August 20, 2009 at 10:04 AM  

btul2..bertuah ade adik..hehe..mhn link blog.tq

Ann August 20, 2009 at 5:24 PM  

alhamdulillah, hrp2 x berubah la bila dh dewasa nnti..tq sbb sudi linkn blog ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP