Palestin: Masih berlanjutan ke hari ini

16 July 2009




Tertanya-tanya kenapa sehingga ke hari ni Palestin masih tidak terbela? Kenapa sehingga ke hari ni, masih ada mangsa terkorban dek kekejaman Israel?

Adakah doa kita tidak diterima oleh Allah swt?

Coretan yang tak seberapa ni terhasil dari perbualan aku dengan seorang kenalan melalui YM. Dia bertanya kenapa sehingga ke hari ni Palestin masih tak terbela? Dia seolah2 mengatakan rakyat Palestin yang berdegil dan keras kepala. Malah mengatakan bahawa rakyat Palestin yang jual tanah kepada Israel.

Aku bertanya betul ke? Aku bagitau jika tanpa bukti, aku tak akan percaya. Dia tahu dari orang lain di Timur Tengah sana.

Apa yang aku nak highlightkan di sini ialah benarkah sikap rakyat Palestine yang menyebabkan peperangan yang tak mengenal kesian ni berlanjutan sehingga ke hari ni.

Aku amat tidak setuju dengan penerangan oleh kenalan tersebut. Bukankah apa yang terjadi ni merupakan satu teguran dari Allah swt. Teguran bahawa umat Islam yang sehingga ke hari ni tidak bersatu dan hanya menyalahkan antara satu sama lain. Ada yang bersekongkol dengan musuh Islam semata2 demi kepentigan diri. Salah satu contoh terbaik, Mesir sanggup menutup pintu sempadan untuk menghalang bantuan dari luar masuk ke Gaza. Tak perlulah aku sebutkan secara detail, aku yakin ramai yang lebih tau dari aku.

Rasulullah SAW bersabda,

“ Muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain, janganlah kamu menzaliminya, janganlah kamu mengkhianatinya, dan janganlah pula kamu serahkannya kepada sesiapa yang ingin menzaliminya” Al-Hadith.


Kita nak salahkan pihak kafir yang turut bantu Israel? Tak perlu lah nak tundingkn pihak lain sedangkn ada saudara kita sendiri yang bersekongkol dengan mereka. Kita tahu orang kafir tidak mendapat hidayah dan tidak tahu akan kebenaran (bukan lah maksud aku nak menghalalkan perbuatan mereka), sedangkan ada di kalangan antara kita yang masih bersekongkol dengan musuh Islam yang sepatutnya memang dalam kebenaran Islam.

Apa yang persoalkan di sini ialah umat Islam sendiri yang masih belum sedar2 lagi, yang masih berpecah-belah? Sampai bila benda ini harus berlaku? Ingat satu ketika dulu, Islam pernah menguasai 2/3 dunia. Bayangkan jika kita bersatu-padu? Jadi fikir-fikirkan lah dan selamat beramal.



0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP