Lelaki dayus

02 June 2009

http://like2cmoon.files.wordpress.com/2007/08/dayus.jpg


Ketika aku form 1 @ 2, adik aku penah tegur, aku tak pakai tudung bila nk ke kedai. Aku malas sebab dekat je. Dalam hati aku, tak sangka alim pulak adik aku ni. Dan ayah aku pun penah tegur bila ketika form 1, aku memakai seluar yg tak berapa nak panjang wpun dalam rumah. Padahal sebelum tu, aku mmg biasa. Agaknya aku makin dewasa kot.

Jadi aku nak kongsi sedikit artikel tentang lelaki dayus.

Apa maksud lelaki dayus?

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

Sabda Nabi :

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS?, berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-


Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)


Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus


Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata :

"Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )


Berkata pula An-Nuhas :


Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)


Imam Az-Zahabi pula berkata :-


Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62)


Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
yg bermaksud:
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Rupa2nya apa perbuatan yang tak elok dilakukan oleh org perempuan, boleh menyebabkan lelaki yg rapat dengan kita bergelar dayus. Ayah aku penah berpesan ketika aku mula2 masuk sekolah menegah, jangan kawan rapat dengan mana2 lelaki. Dalam hati aku, 'Biar betul ayah aku ni". Aku tanya ayah aku, kalo kawan study mcm mane..tapi dia diam je. Maknanye tak boleh la tu.

Seseorang kenalan aku penah bgtau, dia risau bila dia akan buat benda yg x elok, ayah dia akan tanggung dosa atas perbuatan dia. Jadi, dia tak akan buat sebab kesian kan ayah dia. Aku mmg betul2 kagum dgn dia...kalaulah aku sekuat dia. Erm maybe sayang aku tidak seperti dia tapi aku memang betul2 sayangkan ayah aku...


sumber : http://halaqah.net
http://www.zaharuddin.net

3 soseh-soseh:

Anonymous June 3, 2009 at 10:12 PM  

good one. betul. ramai lelaki dayus di dunia. perempuan tak sedar2 mcm aku pun rmai juga.


huh!

Ann June 3, 2009 at 11:14 PM  

samela aku pun...bila la nk sedar2 ek
;p

botak June 9, 2010 at 3:16 PM  

walaupun kedua2 sumber tu aku tahu, tp aku mmg jarang singgah kat situ..nway, terima kasih banyak2 kerana memanjangkan info2 ni.banyak fakta2 dlm ni yang aku sudah bermain kat fikiran aku lama dr dulu lagi,akhirnya ade pihak yg translatekan nya kedalam bentuk ayat.sama ada islam itu mmg indah atau fikiran aku yg sudah diislamisasi,yg pasti fikiran aku mmg selari dgn pendapat ni.kalau aku nk ckp kang banyk sgt pulak..aku stopdulu laa..terima kasih banyak2 ye menyedarkan aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP