DSAI: Rakyat Jangan Tertipu

04 April 2009

Kat berita di TV3 tengahari td, aku tonton dan aku kagum dengan sikap gentleman DSAI yg berterima kasih tentang pembebasan 13 tahanan ISA walaupun dia sendiri teruk difitnah.Tapi, TV3 hanya siarkan sekerat jer ucapan dari DSAI iaitu terima kasih... Nak wat camane lg, kena terima lah, TV3 dan media2 lain ni media proKerajaan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6aMIMi-bZh0uL2vq6YR1prbqYOliB0q06KYdx9cTvgMrw9F-sJAc_hWNgOQcHpnq8A-xRkwlIcX3yM4xcgaO8slu8nHr3qGBgz0Q1ApKqcxIbvID_TsWxMVV5ILEbsqRpRTOZ3weeiHE/s400/isa3.jpg

Dari sumber yg aku dapat, DSAI berharap rakyat janganlah terus mempercayai bahawa kerajaan telah berubah dengan pengumuman pembebasan 13 tahanan ISA oleh PM baru, Datuk Najib. Sepatutnya akta itu dimansuhkan terus. Pembebasan itu tidak sama dengan reformasi.

Apa pun sambungnya, Pakatan Rakyat menyambut baik usaha murni itu tetapi harus bertindak secara jujur dan tiada lagi tangkapan dibuat serta melepaskan baki tahanan ISA dan tidak lagi masuk campur terhadap mana-mana institusi seperti Kehakiman, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seumpamanya.

"Bagi saya tindakan itu terpuji tetapi haruslah bersikap ikhlas bukan lepas hari ini, setahun kemudian tangkap lagi banyak dengan alasan bahaya pada negara jika dibiarkan bersuara, " tambahnya.

"Jikapun semua tahanan ISA telah dibebaskan, saya tidak mahu pengundi tertipu lagi," katanya.

Sudah menjadi kebiasaan setiap PM yang baru dilantik, untuk membebaskan tahanan ISA bagi menunjukkan sikap keterbukaannya. Selepas itu, mereka kembali semula bersikap kuku besi

Contohnya beliau sendiri dibebaskan oleh Tun Hussein Onn selepas dilantik sebagai PM ke-3. Tetapi selepas itu, beliau (Tun Hussein Onn) kembali guna ISA untuk tangkap orang. Dr Mahathir juga sama, bila naik, beliau juga bebaskan tahanan ISA. Tetapi sampai Operasi lalang beliau tangkap orang seperti Lim Kit Siang. P/Lah juga membebaskan tahanan ISA apabila menjadi PM ke-5. Tetapi apabila merasakan kerajaannya terancam, beliau juga menangkap pemimpin Hindraf.

Biasa lah, mula2 nak amik hati rakyat...lagi2 7 hb april akan ade pilihan rayakecil.


Sumber : http://webpanas.blogspot.com
http://harakahdaily.net
http://www.bernama.com

0 soseh-soseh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP